Tuesday, 24 January 2012

Sejarah Kucing dan jenis2nya

Mesti semua nak taukan mengenai sejarah kucing?? Saya ingin berkongsi maklumat mengenai sejarah haiwan comel ciptaan Allah ni..Jom baca sama2..

Menurut sebuah artikel yang saya baca, kucing ni adalah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan pada 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba. Masa tu kucing ni digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus atau haiwan perosak yang lain. Itu pada zaman dulu, sekarang ni kucing dah jadi salah satu haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.


Kucing yang keturunannya telah didaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Contohnya adalah seperti kucing persia, siam, manx dan sphinx. Haaa....macam tu rupanya...Tapi kan saya tak taula kucing kat rumah saya ni baka tulen ke apa..Bulu dorang tebal dan ekor lak kembang..Dorang ni baka alien kot...Eh..kita sambung lagi cite pasal kucing tadi..Kucing baka tulen ni kurang 1% daripada keseluruhan populasi kucing. Bakinya 99% adalah kucing dari keturunan campuran macam kucing liar dan kucing kampung. Kucing yang ada baka campuran pula dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Kucing tidak berbulu
Kucing berbulu panjang
Ada macam2 jenis baka kucing domestik ni, ada yang tidak berbulu atau ekor, dan mereka ni ada macam2 warna..Mata dorang pun ada yang biru, hijau dan kuning.


Okla kwn2, cukupla cerita pasal fakta asas mengenai kucing ni.. Jom kita tengok jenis2 kucing peliharaan pulak..



Manx (Rumpy)
Maine Coon
British Shorthair
Burmese (Burma)

Bila tengok kucing Burma kat atas ni, saya rasa kucing saya, Puteh ni mungkin ada keturunan dari spesis kucing ni..cuba tengok gambar dia kat bawah ni...Betul tak?? Bulu dia pun kembang dan gebu...Mata pun biru...Okla...cukupla info mengenai fakta dan jenis kucing ni yer...Kalau saya rajin bolehla buat sambungan nanti. Penjelasan mengenai jenis2 kucing akan disambung di artikel yang lain.

Puteh


Credit to Wikipedia dan Google Image

No comments:

Post a Comment