Sejak dari kecil lagi saya ni memang sayangkan kucing..Arwah mak pun sama jugak..Diala yang ajar saya apa makna kasih sayang terhadap binatang bernama kucing ni. Pernah tak terlintas dalam fikiran kita ni apa sebenarnya hikmah kita membela kucing?? Kucing ni boleh menghilangkan tekanan..boleh juga jadi tempat meluahkan perasaan..Mungkin dorang tak faham apa yang kita bebelkan tapi sekurang2nya, bila tengok muka dorang kita jadi tenang..tengokla gelagat dorang masa dorang bergurau dan bermain, mau ketawa sorang2 dibuatnya..
Ni koleksi gambar kucing2 saya la ni...tengokla gelagat dorang..macam2kan..hehe...Berbalik kepada hikmah membela kucing tadi, saya sekadar ingin berkongsi ilmu pengetahuan kepada rakan2..Ini adalah petikan dari Hadith2 yang saya jumpa di sebuah blog:
“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.”Hadith riwayat Bukhari.
Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksa mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyeksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, haditth shahih.
Jangan juga jadikan burung, atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak untuk suka-suka. Selain tujuan untuk berburu untuk mendapatkan makanan. “Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Seperti yang kita ketahui Rasulullah S.A.W pernah membela dan berbuat sangat baik dan sayangkan kucing. Semoga kita tidak berlaku zalim dan kasar terhadap binatang kesayangan nabi ini.
Ni ada satu cerita yang menarik dari blog tersebut:
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).
Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Abu Hurairah juga ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.A.W. Dia tidak mempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.
Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.
Dah terbuktikan kawan2 semua..kucing adalah binatang yang disayangi Rasulullah..jadi kita ni sebagai hamba Allah kenapa kita nak menzalimi binatang yang tak berdosa seperti kucing ni..jadi fikir2kanla ye..makin sayang kat kucing kat rumah ni...






No comments:
Post a Comment