Sungai ni diberi nama Caristales, terletak berdekatan dgn bandar La Macarena di Colombia, Amerika Selatan. Sungai ini, terkenal di dunia kerana pemandangannya yg berwarna-warni, juga dikenali sebagai "the river that ran away to paradise", "the most beautiful river in the world" dan "the river of five colors".
Semasa musim hujan di Colombia, air yang mengalir deras dan dalam, mengeruhkan dasar sungai dan menyekat lumut dan alga yang memerlukan matahari.
Manakala, semasa kemarau pula, airnya tidak cukup untuk menampung kehidupan di dasar sungai. Tetapi, dalam tempoh masa yang singkat di antara musim hujan dan kemarau, apabila paras airnya tepat, pelbagai jenis alga dan lumutnya mekar di dalam pelbagai warna yang mempesonakan
Tompok2 Amarillo, biru, hijau, hitam dan merah, dan beribu warna di celah2 telah menyaluti sungai. Bahagian sungai di mana bunga yang berwarna-warni berlaku ini agak terpencil dan tidak dapat dilalui dengan menggunakan jalan raya.
Bagi pelancong yang suka mengembara, mereka boleh terbang ke La Macarena dan berjalan kaki ke sungai sebagai sebahagian daripada lawatan berpandu.
Tapak ini telah ditutup kepada pelancong disebabkan oleh kebimbangan terhadap aktiviti gerila selama beberapa tahun serta kebimbangan mengenai kesan trafik pelancong yg semakin meningkat. Bagaimanapun, ia dibuka semula pada tahun 2009.
Setakat ini, kira-kira 1000 orang telah melawat tapak ini, termasuk kira-kira 100 warga asing. Pelancong perlu mengikuti 4 laluan yg ditanda dan dibenarkan. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan bermalam ataupun memasak kerana khuatir ia kan merosakkan kawasan sungai ini....ada banyak lagi gambar2 sungai yang berwarna-warni ni...
Wahhh...cantiknyer..teringin sangat nak pergi tempat macam ni..rasa tenang je tengok...











No comments:
Post a Comment