Ini adalah sebuah cerita mengenai Rasulullah dan haiwan peliharaannya iaitu seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, Rasulullah hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Rasulullah kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan menunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan menggosok lembut badan kucing itu.
 |
| Gambar kucingku dulu bernama Stokin (sekadar hiasan) |
Dalam aktiviti lain, setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah selalu menggendong Mueeza dan meletakkannya di paha. Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Rasulullah berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan seperti kucing ini sangatlah serius. Seperti yang saya ceritakan dalam artikel mengenai
hikmah membela kucing dan kisah seorang wanita yang tidak pernah memberi kucingnya makan. Rasulullah menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah azab neraka.
Beberapa di antara orang terdekat Rasulullah juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As -Siddiq, isteri Rasulullah amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan sekiranya kucing meninggalkannya. Abdul Rahman bin Sakhr Al - Azdi pula diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan). Ini adalah kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan di rumahnya.
 |
| Gambar Teddy (sekadar hiasan) |
Itula dia kawan2 cerita mengenai Rasulullah dan haiwan kesayangannya..Yang baik kita jadikan teladan, yang jahat kita jadikan sempadan...
No comments:
Post a Comment