Wednesday, 25 January 2012

Orang gaji ooooo orang gaji


Sekadar hiasan

Cerita ini hanya untuk dikongsi bersama dengan semua..Boleh juga dijadikan pengajaran dan tauladan. Seperti yang kita tau sekarang ni, negara kita ni sudah mempunyai terlalu banyak perkhidmatan pembantu rumah atau orang gaji. Tujuan perkhidmatan ini disediakan adalah untuk memudahkan kita mengurus rumah sewaktu kita bekerja. Bila sebut pasal pembantu rumah, sudah semestinya majoriti mereka ni orang asing. 
Pada masa sekarang ni, minimum gaji bulanan yang dorang mintak ialah RM500..Tu da kira cukupla tu kan sebab semua dah disediakan. Tapi....haaa...ada tapi tu...kalau kita dapat orang gaji yang bermasalah, apa kita nak buat??? Berbaloikah kita membayar gaji dan kos2 lain semata2 nak menjaga kebajikan mereka ni??
Saya ni tak pernah upah orang gaji keje ngan saya, tapi mak bapak yg upah adala...(sambil mengeluh sbb tak puas ati). Hmmmm...kalau dah mengeluh tu mestila korang semua dah tau kenapakan?? Setau saya la kan, tujuan sebenar kita mengambil org gaji ni adalah untuk membantu kita buat kerja rumah seperti membasuh baju, cuci pinggan mangkuk, kemas rumah dan macam2la keje rumah..Tapi apa korang rasa bila benda sebaliknya yang berlaku?
Ada sesetengah majikan ni terlepas pandang apa yg org gaji dorang buat masa dorang takde kat rumah. Biasala kalau dah takde sapa yg memantau dorang ni kadang2 dorang naik lemak naik minyak la.....Kita sendiri pun da selalu dengar kan kes2 org gaji ni buat hal. Antaranya kes orang gaji dera anak majikanla, lari dari rumah, bawak masuk perompak dalam rumah dan banyak lagila hal2 negatif yg dorang ni buat. 
Bukannya niat untuk mengutuk dorang ni. Ada juga orang gaji yg baik dan rajin buat kerja. Ada yg patuh dgn arahan majikan dan tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan majikan dorang. Berbalik kepada kes orang gaji yg buat perangai ni tadi. Berbaloikah kita membazir duit membayar upah dorang kalau tiap kali kita suruh buat keje dorang kata dorang tak tau nak buat mcm mana?? Adoiii..lagi kalau semua benda dorang tak tau contohnya:
  • tak tau mcm mana nak masak
  • tak tau mcm mana nak kemas rumah
  • tak tau mcm mana nak lipat baju
  • tak tau mcm mana susun pinggan mangkuk (tau simpan jer tapi lepas tu jenuhla nak cari dia simpan kat mana)
  • tak tau sangat apa arahan yang kita bagi
  • tak tau bahasa apa yg majikan dia cakap kat dia (hmmm tak tau ke atau sengaja buat tak tau)
  • tak tau tak tau tak tau.........

Sekadar hiasan
Susah jugakkan kalau ada orang yg tak tau semua benda..Kalau tak tau takpela sebab kita boleh bg tunjuk ajar. Masalahnya bila diberi tunjuk ajar, ada la pulak org gaji yg masuk telinga kiri pastu tak keluar2..bukan tak keluar sebab dah ingat ke atau dah tau apa nk buat, tapi tak keluar sebab masa kita bg tunjuk ajar tu, rupa2nya semua benda yg kita cakap tadi tu tersekat kat telinga kiri dia...bila dah tersekat dah tak dapatla nak dengar langsung apa yg kita cakap..
Susah juga kalau dapat org gaji yg suka menipu dengan mereka cerita sebab ingin meraih simpati kita. Contohnya seperti dorang ni dulu hidup susah, merempat takde tempat tinggal dan tido ditepi jalan. Mungkin ada kebenarannya tapi kalau dah tau hidup susah dulu kenapa bila hidup senang di rumah majikan mereka tidak menggunakan peluang yg diberi dgn sebaiknya?? Kenapa perlu malas membuat keje dan mengeluh apabila disuruh? 
Ada juga yg menipu kita dengan mereka cerita yg passport dorang hilang, beg kena curi masa pegi tandas. Beg pulak tinggal dekat luar jadi sekarang dah takde passport..Hmmm hebatkan dorang bercerita?? Tadi dorang kata dorang org susahkan, jadi cuba korang bayangkan kalau kita ni org susah dan kita terpaksa memegang sesuatu benda yg sangat berharga seperti beg berisi passport kita tadi, sanggup ke korang tinggalkan beg korang diluar masa korang pegi tandas?? Tak logik2..kalau saya, saya siap bawak masuk lg pegi tandas..Peluk kuat2 beg tu tak bg lepas..
Lagi susah dan menyakitkan hati bila ada org gaji ni da la tak tau apa2, bila diberi tunjuk ajar siap boleh melawan cakap kita.. Siap menjawab dan mengeluh bila disuruh buat keje..Ada pulak yg berani meninggikan suara dekat majikan..Hmmm...kadang2 mesti kita tak sangka kan perkara ni berlaku, sebenarnya kes mcm ni memang banyak berlaku. Mungkin tidak ramai yg mengalami masalah dengan org gaji mereka, tapi sebagai majikan kita harusla sentiasa berwaspada kerana langit tak selalunya cerah..satu hari akan mendung  dan pastu hujan...
Sekadar hiasan
Jadi kawan2 semua, cerita ini hanyala sebagai nasihat dan pengajaran yang ingin dikongsi dengan mereka yg mengupah org gaji atau yg ingin mempunyai org gaji. Adalah lebih baik kalau kita siasat terlebih dahulu asal usul mereka (mintakla resume, kalau adala dari ejen) dan bila dah upah org gaji ni, kita hendaklah sentiasa memantau mereka. Jangan sampai mereka ni baik di depan kita je, tapi kat belakang bukan main lg mengata majikan dekat org lain. Perhatikan juga perangai dorang ni, yela..ada gak yg pandai berlakon mcm dalam sinetron tu (lagi hebat kot lakonan dorang ni). 
Dan, bagi majikan yg mempunyai anak, sila pastikan anak korang tak didera oleh org gaji ni tadi. Mungkin ada sesetengah penderaan yg kita tak nampak, yela mana nak nampak kalau dia dera kita dari segi mental kan?? Kesimpulannya, berhati2la sebelum memilih pembantu rumah atau org gaji ni dan berbincangla dulu dengan ahli keluarga yg lain samaada perlu ke tidak mempunyai org gaji..Jangan nanti bila dah upah dorg pastu menyesal pulak sebab duit dah byk terbazir...peace....






No comments:

Post a Comment