Friday, 27 January 2012

Jom bawak family naik kereta proton Exora baru

MPV popular di Malaysia kini kembali dengan design baru..sapa2 yg nk beli kete besar boleh tgk2 dulu..nanti bolehla bawak family jln2...ada nasib masa test drive kete anda mungkin boleh menang pas & tiket Malaysian F1 GP. tengokla New Proton Exora Bold

Kisah Puteri Santubong..

Saya nak cerita mengenai Puteri Santubong..tapi sebelum tu saya nak korang sume layan video Puteri Santubong ni...dah lama tak dengar lagu ni kot..layannnn






Credit to www.youtube.com


Biar Bekikis Bulu Betis....

Salah satu lagu popular orang Iban..dinyanyikan oleh artis dari Sarawak...huuuu....mari kita kikis bulu betis sama2 sambil melayan video ni...





Credit to www.youtube.com

Anak kampung...

Haha...lagu ni best..dinyanyikan oleh artis yang berasal dari Sabah, bernama Jimmy Palikat..lagu dia simple je & tak heavy..jom layan Anak Kampung ni...







Credit to www.youtube.com

Kisah hidup Uzumaki Naruto

Uzumaki Naruto adalah watak kesukaan saya dalam cerita katun Naruto..Belek2 akhirnya dapat gak jumpa mengenai sejarah Naruto ni..jom baca sama2..

Naruto dilahirkan pada 10 Oktober, tahunnya tidak diketahui. Asal usul ibu bapak dan saudaranya yang lain masih merupakan misteri. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi no Yoko yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto oleh ayahnya iaitu Hokage ke 4. 

Ayah Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.

Kushina dan Minato berharap Naruto akan menjadi seorang ninja yang hebat dan berjasa. Kata-kata ini disampaikan secara langsung kepada Jiraiya. Hubungan erat antara keluarga Minato dengan Jiraiya membuktikan hubungan erat antara Jiraiya dengan Naruto.

Dahulu, Jiraiya pernah diberitahu mengenai ramalan masa depan oleh Moyang Kodok. Moyang Kodok memberitahu, Jiraiya akan bertemu dengan seorang pelajar yang sangat kuat dan akan mengubah dunia ninja sepenuhnya. Pelajar yang dikenali sebagai "Anak Terpilih" atau "Destinated Child". Ketika itu Jiraiya menganggap anak itu ialah Pain, tetapi dia tersilap.

Anak terpilih itu sebenarnya adalah Uzumaki Naruto. Ninja yang akan mengubah dunia ninja ke satu era yang lain.


Naruto
Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto karena Kyubi pernah mengacaukan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehingga dia mencecah usia dua belas tahun.
Uzumaki Kushina, adalah ibu Naruto.



Naruto & Iruka
Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi yaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun orang tua Iruka mati dalam tangan Kyubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapaknya.


Konohamaru
Sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya dikenali dan diterima orang banyak. Dia akan bermain dan bergurau di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang memandang rendah terhadapnya bahwa dia akan menjadi Hokage suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai “Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nomor Satu” di Konoha oleh Hatake Kakashi.

Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat dengan Konohamaru, cucu Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahwa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak dekil dan sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik semata-mata.

Naruto suka bergurau walaupun kadang kala gurauannya mengandungi elemen yang tak lucu. Biasanya, Naruto sering ketawa dan senyum (pada sesetengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang benar-benar rapat dengannya boleh mengetahui perasaan sebenarnya Naruto). Dari segi luaranya, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat dalam masalah.

Salah satu dari pada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat membesarkan herbal dari rumpai (disiarkan dalam episode 20). Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi tingkap Kakashi.

Naruto mengunakan Rasengan.

Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata dan gigi. uangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang dipanggil Gama-chan.

Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto, ramen seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan siapa yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episode, dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.



Musang Berekor Sembilan.
Sebagai perumah bagi setan serigala, Kyubi, tubuh dan minda Naruto kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fisik, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri Kyubi seperti tanda di pipinya. Matanya juga sipit seperti serigala. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari dua dan luka kecil dalam beberapa saat. 

Memandangkan Kyubi telah dikurung dalam Naruto sejak bayi, adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat kemungkinan bahwa Kyubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka membuat kesal orang lain untuk mendapat perhatian dan untuk tidak mengaku kalah dalam setiap pertarungan.

Tahap cakra Naruto adalah sangat tinggi karena Kyubi. Ebisu pernah menyatakan bahwa daya pengawalan cakra Naruto adalah lemah karena sebagian dari cakranya digunakan untuk membendung cakra Kyubi yang terlalu kuat (cakra Kyubi yang luar biasa ini boleh membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pula mengatakan bahwa kekuatan kyubi lebih kuat dari kekuatan Naruto sendiri. 


Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan banyak cakra seperti ‘Teknik Pengagihan Bayang’ (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon saja dengan sempurna karena jurus ini menghendaki penggunanya membagikan cakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah cakra yang mencukupi kepada setiap klon.

Cakra Kyubi selalu menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta cakranya. Hal ini karena Kyubi dikurung dalam badan Naruto, cakranya masih boleh mengalir keluar untuk bersatu dengan cakra Naruto. Tambahan pula, kekuatan cakra Kyubi yang hampir dalam menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. 


Apabila Naruto menggunakan cakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadang kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab staminanya berlipat ganda, Naruto boleh terus melawan tanpa merasa letih. Naruto biasanya boleh memendamkan cakra Kyubi sebelum transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, cakra Kyubi akan menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa boleh dilakukan untuk memendamkan semua cakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau teknik mengurung Yamato.

Apabila Naruto mula-mula menggunakan cakra Kyubi, Naruto belum mampu mengawalnya menyebabkan kemarahan di dalamnya menguasai minda Naruto. Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak cakra menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.


Musang 9 ekor
Naruto mengalahkan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai cakra Kyubi ( sebagian hanya bisa dilihat di manga japan). Sehingga ekor yang ketiga, Naruto masih belum ada tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula merasakan kesakitan sebagai akibat kekuatan cakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap ‘empat ekor’, Kyubi mendominasi. Kekuatan Naruto bercampur dengan kekuatan Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.

Cakra Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan cakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian lemah. Pada peringkat ‘empat ekor’, cakra Kyubi terlalu hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir dari tiap liang roma. Sementara itu, cakra Kyubi sentiasa memulihkan semula badan Naruto. Ketika dicederakan-dan-dipulihkan-semula, ini melemahkan Naruto dan secara alamiah memendekkan jangka hidup Naruto.







Credit to Wikipedia & momkiddy

Temubual eklusif bersama Matthew Dean...

Saksikan temubual dengan Ketua Mekanik Mercedes GP Petronas F1 di Brackley, London. Beliau membincangkan mengenai kehidupan sebagai pit crew dan bagaimana team beliau menjadi salah satu yg terpantas di dalam F1...Hanya klik di sini

Thursday, 26 January 2012

Selamatkan terumbu karang

Mari kita sokong kempen dari WWF iaitu MYCoral Trianle Campaign. visit wwf.org.my dan klik di sini untuk tau lebih lanjut.

Ini dia muka Uncle Fortune

Bersiap sediala untuk mendapat rewards dari Uncle Fortune ni.


Caristales - sungai yg berwarna-warni



Sungai ni diberi nama Caristales, terletak berdekatan dgn bandar La Macarena di Colombia, Amerika Selatan. Sungai ini, terkenal di dunia kerana pemandangannya yg berwarna-warni, juga dikenali sebagai "the river that ran away to paradise", "the most beautiful river in the world" dan "the river of five colors".

Semasa musim hujan di Colombia, air yang mengalir deras dan dalam, mengeruhkan dasar sungai dan menyekat lumut dan alga yang memerlukan matahari.

Manakala, semasa kemarau pula, airnya tidak cukup untuk menampung kehidupan di dasar sungai. Tetapi, dalam tempoh masa yang singkat di antara musim hujan dan kemarau, apabila paras airnya tepat, pelbagai jenis alga dan lumutnya mekar di dalam pelbagai warna yang mempesonakan

Tompok2 Amarillo, biru, hijau, hitam dan merah, dan beribu warna di celah2 telah menyaluti sungai. Bahagian sungai di mana bunga yang berwarna-warni berlaku ini agak terpencil dan tidak dapat dilalui dengan menggunakan jalan raya.

Bagi pelancong yang suka mengembara, mereka boleh terbang ke La Macarena dan berjalan kaki ke sungai sebagai sebahagian daripada lawatan berpandu.

Tapak ini telah ditutup kepada pelancong disebabkan oleh kebimbangan terhadap aktiviti gerila selama beberapa tahun serta kebimbangan mengenai kesan trafik pelancong yg semakin meningkat. Bagaimanapun, ia dibuka semula pada tahun 2009.

Setakat ini, kira-kira 1000 orang telah melawat tapak ini, termasuk kira-kira 100 warga asing. Pelancong perlu mengikuti 4 laluan yg ditanda dan dibenarkan. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan bermalam ataupun memasak kerana khuatir ia kan merosakkan kawasan sungai ini....ada banyak lagi gambar2 sungai yang berwarna-warni ni...








Wahhh...cantiknyer..teringin sangat nak pergi tempat macam ni..rasa tenang je tengok...











Sejarah Kaabah

Tadi saya terbaca mengenai sejarah Kaabah di sebuah website ni..Jadi saya nak kongsila mengenai sejarah Kaabah ni pada korang semua. Bolehla kita sama2 menambahkan ilmu pengetahuan..kan3? Kita semua dah taukan yg Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi) 

Di bawah adalah gambar2 Kaabah..

Gambar Kaabah pada 1880
Gambar lama Kaabah
Gambar lama Kaabah
Gambar lama Kaabah - secara dekat
Banjir melanda Kaabah pada tahun 1941
Banjir melanda Kaabah
Banjir melanda Kaabah



Pemandangan Kaabah dari atas
Makam Nabi Ibrahim
Kaabah waktu malam


Gambar Kaabah pada musim Haji


Menukar kelambu Kaabah
Struktur dalaman Kaabah
Pelan dalaman Kaabah




Nak tau nasib anda??

Haaa....nak tau korang punya fortune?? Nak tau mengenai zodiak??Sila view salah satu program dari Maybank ni ok..kalau korang bernasib baik, untung2 dapat duit..



Click here

jom makan dan menang

OpenRice kini mengadakan satu program iaitu Makan & Share Rewards....nak tau lebih lanjut sila klik link di bawah ye..



klik di sini

Sungai di dasar laut...cantiknya

Saya rasa mesti dah ramai yg dengar mengenai kisah sungai di dasar laut ni kan..tempatnya terletak di Angelita Cenote di Mexico. Mari baca kisah mengenai Sang Profesor Penemu Sungai di Bawah Laut.

TV Discovery Channel: Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Mr Costeau
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang asin dan pahit di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.





Fenomena ganjil itu membuat Mr. Costeau berpikir keras dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air asin di tengah-tengah lautan. Ia mulai bingung, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih gagal mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.




Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentitikan dengan Terusan Suez .

Ayat itu berbunyi:
"Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."
Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak bisa ditembus."


Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Nabi Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera (di Mexico). 


Dan Baginda hidup di daerah padang Pasir. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahwa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. 
Dengan seketika dia pun memeluk Islam
Subhanallah Walhamdulillah.

Saksikanla keindahan dan kecantikan sungai di dasar laut ni kawan2..kalau nak tengok video mengenainya boleh tengok Angelita Cenote





Credit to Yahoo Image & www.youtube.com

Bukti mukjizat Nabi Muhammad..Subhanallah

Dalam hadith riwayat Attabarani, Rasulullah SAW memerintahkan seorang sahabat supaya membina sebuah masjid di taman bernama Bathan di daerah Sana'a yang terletak di negeri Yemen. Baginda mengarahkan supaya kiblat masjid itu menghadap ke puncak gunung Deyn yang terletaK sekitar 30km dari Sana'a.

14 abad kemudian, Google Earth telah membuktikan kebenaran Rasulullah SAW. Melalui rakaman satelit di dalam video ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kiblat masjid ini yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW menghadap ke puncak gunung Deyn, ada sebuah garis kuning dimulakan dari kiblat masjid ini dan kita diajak untuk terus melihat arah garis kuning yang lurus itu...dan Subhanallah..ternyata garis itu menuju ke Mekah, bukan itu sahaja kawan2, garis itu juga tepat menuju ke Masjidil Haram.

Jarak antara Sana'a ke Mekah adalah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30km. Tidak ada satu pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh kecuali denga bantuan peta ataupun alat2 canggih yang ada pada masa kini. Dan, Rasulullah SAW, 14 abad lalu tidak menggunakan semua itu...Subhanallah....

Kawan2..mari saksikan dokumentari mengenainya di bawah ye..





Credit to www.youtube.com


Wednesday, 25 January 2012

Kucing terpanjang di dunia

Stewie dengan tuannya
Kucing ni nama dia Stewie. Stewie ni kucing domestik di Amerika yang terpanjang di dunia dan telah disahkan dan direkod oleh Guinness World Record. Stewie merupakan kucing dari spesies Maine Coon yang berusia 5 tahun dan memang layak diberi jolokan kucing paling panjang. Nak tau berapa panjang dia?? Tinggi dia 123cm..Oooo nasib baikla saya ni tinggi lagi dari kucing ni..haha..Tinggi dia diukur dari hujung hidung sampaila hujung ekor dia..

Pemilik dia, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, mengatakan yang mereka memutuskan untuk mendaftarkan kucing itu ke buku rekod sedunia setelah mendengar kekaguman orang-orang mengenai panjang tubuh Stewie sekitar 3 tahun lalu. Hebat juga kucing ni sebab dia mampu mengalahkan rekod yang dipegang oleh kucing lain yang panjangya ialah 121cm..

Gambar hiasan


Bila pikir balik, tinggi kucing ni lebih kurang macam tinggi adik saya, Nisha..tinggi diapun lebih kurang tinggi kucing ni..Saya ingatkan kucing saya je yg paling panjang haha...kagumnya...





Kisah teladan 2: Jangan Monyet....

Satu lagi cerita mengenai sang kancil yg saya masih ingat..Sang kancil dengan monyet..Taknak cerita panjangla..kita layan je video kat bawah ye..




 Credit to www.youtube.com

Kisah teladan: Sang Kancil dengan Buaya

Masih ingat kah kita dgn kisah teladan yg selalu disiarkan kat tv masa kita kecik2 dulu?? Ada byk cerita2 yg pernah saya tgk pasal sang kancil yg bijaksana ni..Kebijaksanaan sang kancil memang dikagumi. Dia mampu mengalahkan sang buaya dengan kebijaksanaan yg dia miliki..Tapi korang semua tak payah la nak tunjuk kebijaksanaan depan buaya betul2, nanti tak pasal2 kena telan..Tak sempat nak bagi ceramah kat buaya, korang dah hilang dalam perut dia...sama2la kita tengok video di bawah..mesti boleh teringat balik zaman kecik2 dulukan??




Credit to www.youtube.com


Flash mob kat klia ni memang terbaik

Korang pernah tak tgk flash mob?? Sebelum ni kita selalu tgk kt luar negara je kan..Kali ni flash mob da sampai ke negara kita ni..sila klik link di bawah untuk view ye..jom layan video dorang kat klia..



Click here

Lawak 1000 ciuman


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yang terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indonesia. Bulan ni dia tidak dapat mengirimkan wang untuk isterinya di kampung halaman. Dia hanya dapat mengirimkan surat yang isinya seperti di bawah:

Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ini kanda tidak dapat kirimkan wang untuk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu hanya 1000 ciuman.

Paling cinta,
Kanda Suparjo


Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya.

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Untuk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

  1. Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
  2. Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
  3. Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.
  4. Tauke kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yang lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
  5. Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yang dah 3 bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai untuk tukar 200 ciuman dengan wang tunai sebab tauke pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yang lain dengan wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi orang paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang dari,
Dinda Suti Nirwingsih


.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!



Credit to misteriousgrapesz