Pesan makanan
Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa melayu
telah berhijrah ke Malaysia...
Ia mencari pekerjaan.. sebelum berhijrah
teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut
dan kopi" dalam bahasa melayu agar ia dapat memesan
makanan sendiri.
Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.
"Nak makan apa?" tanya pelayan.
"Kuih Donut dan kopi," kata Micheal.
Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa
memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka
mengajar untuk mengucapkan " roti daging".
Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal
masuk ke restoran dan terus memesan,
"Roti daging."
"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal
Menelan Syiling
Seorang anak telah tertelan duit syiling 10 sen..
lalu dia memberitahu kepada ibunya.. tapi si ibu
dengan tenang mengatakan yang syiling tersebut akan
keluar sewaktu membuang air besar.
Pada masa si anak ini buang air besar, yang keluar
bukan 10 sen tetapi 50 sen. Si ibu pun kehairanan, dia
berpikir bila syiling ditelan maka akan keluar lebih
banyak. Tanpa pikir panjang.. si ibu pun terus menelan
syiling RM 1.00 dengan harapan akan keluar wang kertas
yang mempunyai nilai yang lebih besar.
Pada masa membuang air besar, yang keluar adalah
sekeping kertas.... Si ibu dengan senyum membuka
kertas tersebut untuk melihat nilainya.. lalu dia
memdapati ada tulisan berbunyi..
"ANDA BELUM BERUNTUNG.. SILA CUBA LAGI.."
No comments:
Post a Comment