Kucing adalah haiwan yang sangat misteri. Namun, zaman serba canggih sekarang ni dah berjaya menyingkap misteri yang menyelubungi haiwan unik ni. Kajian membuktikan kucing ni adalah teman yang mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.
Antara misteri yang telah terjawab oleh sains masa kini adalah:
- Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat
- Kanak - kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak
- Kajian dia Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak - kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.
- Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan bahawa memiliki haiwan peliharaan sama berkesan dapat menurunkan tekanan darah seperti menggunakan kaedah lain iaitu mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.
- Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, iaitu purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
- Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
- Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.
- Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.
- Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada mereka yang bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain2.
Itula dia kawan2..terpulangla kat seseorang individu tu samaada nak menerima atau tidak manfaat membela kucing ni..Tapi apa yang saya tau, membela haiwan seperti kucing ni memberi keberkatan dan saya yakin sebagai makhluk Allah, haiwan ini juga berdoa kepadaNya agar kebaikan yang kita beri kepada mereka akan dibalas juga dengan kebaikan.Tidak ada ruginya kalau kita berbuat baik terhadap binatang..

No comments:
Post a Comment