Credit to www.youtube.com
Saturday, 18 February 2012
Masih ingat ke pantun Din Beramboi ni??
Haaa...saya masih ingat lagi masa zaman muda2 dulu. Abang saya memang suka beli majalah Ujang. Kadang2 kalau bernasib baik, majalah Ujang yang kita beli tu akan bagi CD sekali..antaranya termasuk lah koleksi berbalas pantun dari Din Beramboi ni..lawak nye pantun dorang sampai berguling2 macam tenggiling saya gelak..hahahaha..okla..moh kita layan pantun ni ye..
Credit to www.youtube.com
Credit to www.youtube.com
Misteri kucing terjawab
Kucing ni sebenarnya memahami tuan dia..walaupun dorang ni haiwan, tapi dorang ni antara haiwan yang paling istimewa sebab dorang ni boleh memahami isi hati tuannya..kalau tak caya..korang cubala try test..kalau korang sedih korang pegi kat kucing korang..mesti kucing tu tiba2 jadi manja ngan korang..nak gurau2 ngan korang..tu tanda dia nak ambik hati korangla tu, nak bagi korang happy.
Kucing adalah haiwan yang sangat misteri. Namun, zaman serba canggih sekarang ni dah berjaya menyingkap misteri yang menyelubungi haiwan unik ni. Kajian membuktikan kucing ni adalah teman yang mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.
Antara misteri yang telah terjawab oleh sains masa kini adalah:
Itula dia kawan2..terpulangla kat seseorang individu tu samaada nak menerima atau tidak manfaat membela kucing ni..Tapi apa yang saya tau, membela haiwan seperti kucing ni memberi keberkatan dan saya yakin sebagai makhluk Allah, haiwan ini juga berdoa kepadaNya agar kebaikan yang kita beri kepada mereka akan dibalas juga dengan kebaikan.Tidak ada ruginya kalau kita berbuat baik terhadap binatang..
Kucing adalah haiwan yang sangat misteri. Namun, zaman serba canggih sekarang ni dah berjaya menyingkap misteri yang menyelubungi haiwan unik ni. Kajian membuktikan kucing ni adalah teman yang mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia.
Antara misteri yang telah terjawab oleh sains masa kini adalah:
- Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi, khususnya untuk warga tua dan warga cacat
- Kanak - kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak
- Kajian dia Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak - kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.
- Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan bahawa memiliki haiwan peliharaan sama berkesan dapat menurunkan tekanan darah seperti menggunakan kaedah lain iaitu mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.
- Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, iaitu purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
- Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
- Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.
- Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.
- Pemilik kucing didapati mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada mereka yang bukan pemilik kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain2.
Itula dia kawan2..terpulangla kat seseorang individu tu samaada nak menerima atau tidak manfaat membela kucing ni..Tapi apa yang saya tau, membela haiwan seperti kucing ni memberi keberkatan dan saya yakin sebagai makhluk Allah, haiwan ini juga berdoa kepadaNya agar kebaikan yang kita beri kepada mereka akan dibalas juga dengan kebaikan.Tidak ada ruginya kalau kita berbuat baik terhadap binatang..
Pemergian si Belang diiringi dengan air mata
Saya nak kongsi kisah saya dengan kucing saya yang bernama Belang. Kenangan saya dengan haiwan kesayangan saya ni takkan saya lupa sampai bila2 walaupun dia takde lagi depan mata.
Sedih tak terhingga...tu je yang mampu saya cakap..10 Februari 2012, tarikh yang akan saya ingat sampai bila2..umur Belang baru je 6 bulan..masih budak2 lagi tapi Allah dah takdirkan dia mati, saya terima dengan redha.
Hati mana yang tak sayu kalau depan mata kita, kucing kesayangan yang dijaga dibelai dari masa dia lahir sampai dia membesar terbujur kaku di tepi jalan. Kematian Belang sangat misteri sebab sampai sekarang saya tak tau kenapa dia mati.
2 hari sebelum Belang mati, saya perasan yang Belang tiba2 kurang selera makan..Saya boleh perasan Belang macam berubah sikit tapi saya takdela jangka tu tanda2 yang dia akan pergi selama-lamanya. Sejak saya kerja, saya cuma habiskan masa main ngan kucing bila hujung minggu..Ye la, balik keje pun malam. Sampai rumah dah penat..Macam biasala, saya akan layan semua kucing saya dengan adil. Tak ada pun berat sebelah..Semua dilayan sama rata.
Masa tengok tv malam sebelum Belang hilang, dia sempatla main ngan saya. Manja2 macam biasa. Saya peluk dia..ajak dia main. Seronol je tengok dia main2 ngan adik beradik dia. Belang ni kalau dibandingkan dengan adik beradik dia, Puteh & Tamby, diala yang paling lemah lembut..Dia paling cepat mesra ngan adik2 dia yang 5 ekor tu.
Pagi sebelum pegi keje, saya sempatla nampak Belang. Saya sempatla panggil nama dia & cakap selamat tinggal sebab dah nak pegi keje masa tu. Tingkap rumah memang sengaja di buka sedikit so senangla kucing2 ni nak main kat luar kalau dorang boring duk rumah. Saya risau gak nak bagi dorang kuar..Rumah baru 2minggu saya sewa..Takutla kucing2 saya ni masih tak biasa ngan kawasan sekitar. Memang betulla tekaan saya bila balik dari keje Belang dah hilang. Risaunya hati ni Tuhan je yang tau.
Saya panggil2 nama dia, tapi dia takde. Selalunya bila kita panggil dia mesti berlari balik umah. Tapi malam tu, saya ngan adik saya ada terdengar suara kucing..seolah2 kucing tu dalam kesakitan..saya dapat rasa tu suara Belang tapi saya tak pasti sebab suara dia sekejap ada sekejap takde.
Puteh & Tamby pulak bila nampak saya balik, dorang tiba2 kelam kabut macam nak bagitau sesuatu..saya pun pelik tengok gelagat dorang. Puteh mengiau2 seolah2 ada sesuatu yang terjadi..saya tanya kenapa..Puteh terus berlari pegi ke tepi jalan sambil mengiau2..saya pun terus tangkap Puteh & dukung dia sebab bahaya kalau dia main tepi jalan..kete laju2. Saya pun bawak masuk Puteh & Tamby masuk umah. Dengan perasaan kecewa sebab tak dapat jumpa Belang saya pun masuk umah & tido sebab dah penat sangat masa tu.
Sebelum pegi keje masa hari jumaat, 10 Februari 2012, Belang masih tak balik. Saya dah tak sedap hati sebab tak mungkin Belang boleh tahan kalau tak balik sebab dia tak pandai makan makanan selain makanan khas untuk kucing. Malam tu masa saya bawak kete nak balik umah, tak tau nape hati saya berdebar-debar.
Macam ada sesuatu je....Memang betul jangkaan saya bila saya nampak macam ada benda di tepi jalan. Sayapun terus letak kereta di depan umah & terus jalan pegi tepi jalan...Tiba2 saya berenti....
Belanggggggg...air mata saya terus mengalir..Belang dah matiiii.....sedih sangat..sekelip mata macam tu je Belang dah mati..kenapa Belang mati?? Saya pun takde jawapannya..malam tu jugak, saya kubur Belang di depan umah..kesiannya kat Belang..saya sedih sebab takde masa Belang mati. Kalau saya ada, sekurang2nya saya dapat teman kan dia..tapi apa sakit Belang? saya tak tau..mungkin Belang kena langgar? itupun saya tak tau..
Tapi apa yang saya terkilan, bila diingat balik, Puteh dah bawak saya pegi ke tepi jalan, tempat di mana Belang dijumpai..seolah2 dia nak tunjuk sesuatu kepada saya. Bila saya tengok balik tempat Belang mati..barulah saya perasan..itulah tempat yang di mana Puteh mengiau2 sambil berlari & saya langsung tak perasan di situla Belang terbaring kaku..maaf Belang..maaf Puteh sebab saya tak tau..saya sayang Belang..saya sayang semua kucing saya..walaupun Belang dah takde..tapi gambar dia..gelagat dia tetap diingati selalu....
Ingat ye kawan2 haiwan pun ada hati dan perasaan..dan mereka dapat rasa apabila adik beradik mereka dalam kesusahan..walaupun dorang tak dapat bercakap, tapi kita sebagai manusia, makhluk hidup yang ada akal, tugas kita adalah menjaga makhluk Allah yang lain. Sayangila haiwan seperti kucing ni macam mana kita menyayangi keluarga kita..mereka makhluk yang tak berdosa..doakan saya agar saya terus tabah dalam hidup ni dan saya akan terus menyayangi kucing2 saya..peace!
Saturday, 4 February 2012
Kalau tak boleh angkat telefon - SMS saje!
Ni dia...berita baik untuk semua pengguna telefon...U mobile sekarang dah ada buat promotion baru..Sapa2 yang beli prepaid U Mobile akan dapat panggilan dan SMS PERCUMA dari 20 January. Korang juga boleh dapat percuma 1000 SMS sehari. Nak tau lebih lanjut?? Klik la link yg saya bg tu
inila dia hubungan jarak jauh..
Jom tengok tv commercial Petronas sempena Chinese New Year 2012...Haaaa...nila orang kata hubungan jarak jauh...Nak tengok???
Enjoy.....
Nak menang pas ke Movie Premier of Fist of Dragon!
Kalau sesiapa berminat nk menang pas untuk ke tayangan perdana Fist of Dragon, korang cuma perlu klik di sini untuk tengok dgn lebih details..
Kat bawah ni cara2 mcm mana nk menang pas tu..
Step 1: Ambik gambar korang yg paling kreatif sambil tunjuk gaya2 kungfu korang
Step 2: Upload gambar tu ke Facebook korang & tag SAYS.my (@SAYS.my)
Senang cite korang klik je link yg saya bagi tu ye...
Kat bawah ni cara2 mcm mana nk menang pas tu..
Step 1: Ambik gambar korang yg paling kreatif sambil tunjuk gaya2 kungfu korang
Step 2: Upload gambar tu ke Facebook korang & tag SAYS.my (@SAYS.my)
Senang cite korang klik je link yg saya bagi tu ye...
Subscribe to:
Comments (Atom)


