Wednesday, 13 June 2012

Pencipta Bendera Malaysia



Siapa pencipta bendera JALUR GEMILANG? Korang tahu? Hmmm...apalah gunanya kalau kita menetap di Malaysia tapi tak pernah nak ambik tahu siapa yang mencipta bendera Malaysia ni kan? 
Hasil siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama hampir dua bulan mendapati pencipta Jalur Gemilang adalah bekas arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Allahyarham Mohamed Hamzah. Penolong Pengarah Bahagian Persuratan Sejarah YWJ, Dzulkarnain Asmawi juga mengesahkan hasil daripada beberapa rujukan.
Sebenarnya benda ini pernah jadi isu suatu ketika dahulu apabila ada pertikaian mengenai siapa pencipta bendera Malaysia.  Terima kasih kepada Yayasan Warisan Johor yang berjaya mengesahkan pencipta jalur gemilang sebenar.
Bendera Malaysia dicipta pada 1947 dan buat pertama kalinya bendera Malaysia di naikkan pada tanggal 31 Ogos 1957, di bawah ini petikan dari arkib negara
” Allahyarham Mohamed bin Hamzah Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman “

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
1) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

2) Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan(Malaysia).
3) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
4) Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-  raja.


Wednesday, 6 June 2012

Wu Bin - Pemandu Bas Yang Digelar Wira di China


Saya tersentuh membaca artikel mengenai lelaki ini yang bernama Wu Bin. Hari ni, satu upacara penghormatan terakhir telah diadakan terhadap jenazah Wu Bin. 

Ribuan penduduk di bandar Hangzhou, China semalam memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah seorang wira rakyat, Wu Bin yang telah menyelamatkan nyawa 24 penumpang bas. 

Mereka memberi penghormatan terakhir itu di Rumah Pengebumian Hangzhou. 

Bin, 48, digelar sebagai wira selepas dia bertindak membrek, menukar gear dan memberitahu penumpang supaya tidak merayau-rayau di lebuh raya. 

Dia melakukan perbuatan itu walaupun dadanya ditusuk dengan serpihan logam tajam yang menembusi cermin basnya semasa dia memandu pada 29 Mei lalu. 

Bin meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dia mengalami kecederaan akibat ditusuk logam itu. 

Pemerintah China memberikan anugerah Pekerja Contoh Wilayah bagi mengiktiraf keberanian Bin. [Sumber

Jarang sekali kita lihat orang yang sanggup bergadai nyawa untuk orang lain di zaman sekarang. Tapi jujur saya katakan. Saya kagum dan bangga dengan lelaki bernama Wu Bin ni. Takziah buat keluarga beliau.