Thursday, 19 July 2012

29 Rahsia Negara Malaysia


Gambar Hiasan

PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang dikemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini). 
Jom sama-sama baca apakah rahsia negara Malaysia yang patut kita ketahui:
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.
3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.
4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).
5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.
6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf. (Cerita ini mungkin benar kerana ada saksi yang terselamat menceritakan hal ini)
7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.
8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.
9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.
11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.
12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.
15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.
18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)
19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)
20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.
22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).
24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.
26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).
27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.
28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).
29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk 

Sumber dari blog-blog yang lain.

Tuesday, 17 July 2012

Adam Bridge di India yang Berusia Lebih 1 Juta Tahun


Adam Bridge, atau yang kerap dipanggil Rama Bridge merupakan salah satu "Mysterious Places in the World's". Jambatan purba misteri sepanjang 18 mil (30 Km) yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dianggarkan telah berumur 1 juta tahun lebih!!

Rama Brige ini sangat mudah dilihat dari atas permukaan air laut kerana keadaannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya tenggelam sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan tersebut masih merupakan misteri hingga saat ini, menurut tafsiran para ahli, dikatakan mungkin Rama Bridge mempunyai kaitan dengan epik terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1 juta hingga 2 juta tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau merupakan suatu buatan manusia. 

Hal itu belum dapat mereka terangkan.
S.U.Deraniyagala, Direktor Jenderal Arkeologi Srilanka yang juga merupakan pengarang buku "Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence" mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2 juta tahun silam. 

Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di daratan India adalah peradaban bangsa Ca. Hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menafsirkan bahwa mungkin jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah dari India jutaan tahun silam.


Lagi tiga gambar Adam Bridge:




Gambar menunjukkan Adam Bridge yang menghubungkan Sri Lanka dan India


Credit to Wikipedia

Wednesday, 13 June 2012

Pencipta Bendera Malaysia



Siapa pencipta bendera JALUR GEMILANG? Korang tahu? Hmmm...apalah gunanya kalau kita menetap di Malaysia tapi tak pernah nak ambik tahu siapa yang mencipta bendera Malaysia ni kan? 
Hasil siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama hampir dua bulan mendapati pencipta Jalur Gemilang adalah bekas arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Allahyarham Mohamed Hamzah. Penolong Pengarah Bahagian Persuratan Sejarah YWJ, Dzulkarnain Asmawi juga mengesahkan hasil daripada beberapa rujukan.
Sebenarnya benda ini pernah jadi isu suatu ketika dahulu apabila ada pertikaian mengenai siapa pencipta bendera Malaysia.  Terima kasih kepada Yayasan Warisan Johor yang berjaya mengesahkan pencipta jalur gemilang sebenar.
Bendera Malaysia dicipta pada 1947 dan buat pertama kalinya bendera Malaysia di naikkan pada tanggal 31 Ogos 1957, di bawah ini petikan dari arkib negara
” Allahyarham Mohamed bin Hamzah Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman “

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
1) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

2) Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam – agama rasmi bagi Persekutuan(Malaysia).
3) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
4) Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-  raja.


Wednesday, 6 June 2012

Wu Bin - Pemandu Bas Yang Digelar Wira di China


Saya tersentuh membaca artikel mengenai lelaki ini yang bernama Wu Bin. Hari ni, satu upacara penghormatan terakhir telah diadakan terhadap jenazah Wu Bin. 

Ribuan penduduk di bandar Hangzhou, China semalam memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah seorang wira rakyat, Wu Bin yang telah menyelamatkan nyawa 24 penumpang bas. 

Mereka memberi penghormatan terakhir itu di Rumah Pengebumian Hangzhou. 

Bin, 48, digelar sebagai wira selepas dia bertindak membrek, menukar gear dan memberitahu penumpang supaya tidak merayau-rayau di lebuh raya. 

Dia melakukan perbuatan itu walaupun dadanya ditusuk dengan serpihan logam tajam yang menembusi cermin basnya semasa dia memandu pada 29 Mei lalu. 

Bin meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dia mengalami kecederaan akibat ditusuk logam itu. 

Pemerintah China memberikan anugerah Pekerja Contoh Wilayah bagi mengiktiraf keberanian Bin. [Sumber

Jarang sekali kita lihat orang yang sanggup bergadai nyawa untuk orang lain di zaman sekarang. Tapi jujur saya katakan. Saya kagum dan bangga dengan lelaki bernama Wu Bin ni. Takziah buat keluarga beliau.


Thursday, 31 May 2012

Putus Kasih



Ada satu pasangan kucing sedang bertengkar tentang perpisahan hubungan kasih sayang mereka.....

Kucing Jantan : aku rasa setakat ni jea hubungan kita,aku mahu putus
Kucing Betina : yela nak putus, tapi kenapa???apa salah aku??aku tak curang pung
Kucing Jantan : bukan sebab itu.....
Kucing betina : dah tu sebab ape??
Kucing Jantan : sebab kau bukan kucing betina
Kucing Betina : nape lak?????.....
Kucing Jantan : sebab perempuan mna ada misai....(misai kucing)
Kucing Betina : erkkkk......blurrrrrrrrrr


Lawak Sengal


Gambar Hiasan

abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereke di kelas..

cikgu: kenape awak lambat, abu?
abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..
cikgu: kenape kene lempar batu pulak?
abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)
cikgu: kamu pulak, seman?
seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..
cikgu: berat ke batu tu?
abu dan seman: berat cikgu..
cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..
abu dan seman: baik cikgu..

lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..

cikgu: eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..

budak baru: saye budak baru..
cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?
budak baru: name saye BATU..


Kad Raya


Samat sedang bersembang dengan kawannye leman,

Samat: man, ko dapat kad raye aku?
Leman: tak dapat la mat.
Samat: ish, camne boleh tak dapat eh?
Leman: ko tak boh setem kot?
Samat: tak, aku dah buboh.
Leman: ko salah alamat kot?
Samat: macam aku tak tau umah ko.
Leman: posmen lupe anta kot?
Samat: takkot, mungkit sebab aku tak hantar lagi kot.


Monday, 21 May 2012

Istilah komputer


Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan." 

Hahaha...no comment? Saya pun no comment...


Friday, 18 May 2012

Koleksi Cerita Lawak

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak
berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba
kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku
turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti
mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik.
Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti.
Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata,
'Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…" 

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan
surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi
surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa
bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual
menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai
tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh
dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si
penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut
terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang
berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu
terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedar
dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak
polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan
siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter
tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas
Helikopter tu...."

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk
dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya
lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la
dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift
berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga
dan lift pun mula naik.. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb
nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.."
"ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba..."tp td akak tekan
butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah
akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru
kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat
bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru
dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu
menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu
tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur..
hanya wait masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di
sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata
keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya
dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.. "Susan,
isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.
"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.
"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang
dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya.
"Kerana itulah saya meracuni kamu.... "

Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya
kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.... jd,
bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang
cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat
anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak
yg cerdik....tak macam kamu, malas betull... " kerana kesal
dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan
bapanya cerdik......" bapa : ??

Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan
segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai,
mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.
pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus
menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak
dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org
sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing....



Wednesday, 9 May 2012

Mary Sue

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. 
Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap. 

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut. 

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!" 

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.



Pelatih Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail... 

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking. 

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian. 

"Tidak" Jawab Rosman. 

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu. 

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin. 

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu. 

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.



Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. 
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku 
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku 
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan 
semula gula-gula itu ke tempatnya semula. 

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang 
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. 


Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. 
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham 
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu 
semula ke celah punggung tok imam tadi. 


Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan 
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah 
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya. 


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.



Credit to gelihati 

Papa & Mama

Gambar Hiasan
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya: 

"Nenek, mana Papa dan Mama?" 

"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab. 

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya: 

"Dimana Papa dan Mama?" 

"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab. 

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya: 

"Di mana Papa dan Mama?" 

"Masih di dalam bilik" jawab nenek. 


Anak itu tertawa geli. 


"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi. 


Si anak menjawab, 


"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..." 



Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, 

"Apsal kau ni asyik menggigil je?" 

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. 

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. 

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. 

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. 

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." 

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." 

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. 

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. 

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, 

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.



Monday, 7 May 2012

Made in Japan

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.


Wanita dan Goalkeeper

Dlm satu kebakaran tingkat 3, sorang wanita dgn bayinya ter perangkap.
Datang sorang penjaga gol…

Goalkeeper : Lemparkan bayi tu.

Wanita : Takut awak terlepas!

Goalkeeper : Saya tak pernah miss sepanjang kerjaya saya!

Wanita tu pun lempar, dan goalkeeper tu dapat menangkap dengan baik sekali …

kemudian

dia meletak bayi tu ke tanah, undur beberapa langkah dan terus menendang bayi tu sejauh 60 meter.

Opsss…………..


Bagaimana Hendak Mengenali Pak Pandir


* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
* dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
* dia sedang baca artikel ini.



Friday, 4 May 2012

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.